كلمات Selawat di Hari Raya (feat. IRAIKA Studio)
Bersyukurnya kita di hari raya
Bukannya gelita di dalam cahaya
Berkat Mahabbah Kekasih Allah
Solat berjemaah, bermesra berukhwah
Saling bermaafan lupa silap salah
Saling berkunjungan berkongsi juadah
Disuluh pedoman sunnah Rasulullah
Marilah alunkan selawat terindah
اللهم صلّ على حبيبي
رسول اللّٰه خير خلق اللّٰه
اللهم صلّ على إمامي
نبيّ الرحمة ابن عبد اللّٰه
Mari berselawat di hari raya
Tanda kasih umat kepada baginda
Baginda teladan hidup yang mulia
Baginda pimpinan tuju bahagia
Dihari raya, rasa gembira
Hidupkan sunnahnya di mana sahaja
Tidak kira siapa tua atau muda
Tahlil tahmid takbir terus bergema
لا إله إلّا اللّٰه اللّٰه أكبر
وللّٰه الحمد اللّٰه أكبر